RIYADH – Media Arab Saudi melaporkan tiga tentera negara itu terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh militan Syiah Houthi dan tentera bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh.

Jumlah kematian di kalangan tentera Arab Saudi meningkat kepada 20 orang dalam tempoh seminggu.

Pertempuran berlaku dekat sempadan dua negara di bahagian selatan Arab Saudi.

Media Arab Saudi juga menyebarkan gambar-gambar yang menunjukkan negara itu telah menyerang kubu Houthi.

Sementara itu, media milik Houthi pula mendedahkan bahawa militan itu telah melancarkan sejumlah roket Katyusha ke arah tempat perkumpulan tentera Arab Saudi di Jazan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast