Home Nasional Malaysia, Qatar meterai 4 perjanjian

Malaysia, Qatar meterai 4 perjanjian

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Emir Negara Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani menyaksikan perjanjian persefahaman diantara Malaysia yang diwakili Peguam Negara, Tan Seri Apandi Ali (kanan) dan Qatar yang diwakili Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani (dua kiri) di Sri Perdana, Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 16 OKTOBER 2017

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani hari ini menyaksikan majlis menandatangani empat memorandum persefahaman (MoU) bagi mengeratkan hubungan dua hala Malaysia dan Qatar.

Empat MoU berkenaan melibatkan kerjasama dalam bidang aktiviti perundangan, kehakiman, latihan diplomat dan bidang pendidikan tinggi.

Majlis tersebut diadakan di Seri Perdana di sini sempena lawatan negara dua hari oleh Sheikh Tamim ke Malaysia.

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam menandatangi dua MoU masing-masing dalam bidang latihan diplomat dan pendidikan tinggi manakala Qatar diwakili oleh rakan sejawatannya, Sheikh Mohammad Abdulrahman Al-Thani.

Sheikh Mohammad turut menandatangi MoU dalam bidang kerjasama aktiviti perundangan dengan Pegum Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

MoU keempat dalam bidang kerjasama kehakiman ditandatangani oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar manakala Qatar diwakili Presiden Majlis Tertinggi Badan Kehakiman, Masoud Mohamed A Amiri. – MalaysiaGazette