Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bersalaman dengan para nelayan sambil diiringi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (dua kiri) ketika melawat Pengkalan Nelayan Sungai Sembilang sempena Program Kayuhan Santai di Kuala Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 20 MEI 2017

DHAKA- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu umat Islam menjunjung prinsip kesederhanaan dalam menangani  isu Islamofobia.

Titah baginda Islam mementingkan aspek kesederhanaan yang menjadi teras dakam kehidupan umatnya.

“Islamofobia  mesti ditangani dengan lebih berkesan melalui sikap wasatiah yang menjunjung prinsip kesederhanaan,” titah baginda di hadapan  kira-kira 150 masyarakat Malaysia di Bangladesh, di sini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian pada  program  Liqa Mawaddah anjuran MAIPs di Kurmitolla Golf Club di sini.

Titah baginda MAIPs sedang  mengambil pendekatan mengajak umat Islam di luar negara sentiasa bersikap sederhana melalui program Liqa Mawaddah bersama masyarakat Malaysia di luar negara.

Antara pengisian program ialah  tazkirah khas oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk ‘Wasatiah: Bagaimana Islam mendisiplinkn penganutnya dengan peraturan”.

Tabung itu bertujuan membantu rakyat Malaysia yang menghadapi  kecemasan termasuk kes terkandas di Bangladesh.Bersempena program itu Tuanku Syed  Faizuddin turut menyampaikan sumbangan MAIPs untukTabung Ibnu Sabil berjumlah RM5,000 kepada pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh melalui Setiausaha Pertama, Idham Zuhri Mohd Yunus.

Selain di Bangladesh, program sedemikian juga pernah dianjurkan oleh MAIPs di London, Riyadh, Jeddah, Kuwait, Muscat, Doha dan Dubai.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Daffodil International University  Bangladesh, Sabur Khan.

Raja Muda Perlis berada di Bangladesh selama empat hari sejak Ahad  bagi mengetuai misi kemanusiaan membabitkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan  berkaitan pelarian termasuk meninjau kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar.- Bernama