Hakim Derrick Watson

WASHINGTON – Mahkamah Amerika Syarikat menolak arahan sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas rakyat dari lapan buah negara.

Hakim Mahkamah Persekutan membuat keputusan tersebut sebelum larangan itu dikuatkuasakan minggu ini.

Polisi yang dibuat oleh Donald Trump itu mensasarkan warga Iran, Libya, Syria, Yeman, Somalia, Chad dan Korea Utara, selain beberapa pegawai Venezuela.

Sebelum ini larangan sama dikenakan ke atas enam negara Islam tetapi ia diteliti oleh Mahkamah Agung.

Negeri Hawaii menyaman Honululu bagi menghalang sekatan pengembaraan ketiga oleh Trump yang dijangka dikuatkuasakan pada Rabu ini.

Mahkamah Persekutuan berkata, presiden tidak mempunyai kuasa ke atas undang-undang imigresen Persekutuan bagi melaksanakan undang-undang berkenaan.

Hakim Derrick Watson pernah menyekat larangan pengembaraan Trump pada bulan Mac lalu, mengeluarkan perintah penahanan baru.

Beliau berkata, tidak ada penemuan yang mencukupi bahawa kemasukan lebih daripada 150 juta warga negara dari enam negara tertentu akan ‘memudaratkan kepentingan Amerika Syarikat’.

Hakim Watson menambah, ia mengabaikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini selepas mendapati larangan presiden sebelum ini melebihi skop tugasnya.

White House mendakwa larangan terbaru yang diumumkan pada bulan September dibuat berdasarkan kajian semula protokol keselamatan dan perkongsian maklumat di seluruh dunia. – MalaysiaGazette