BAGHDAD – Pesawat komersial Arab Saudi tiba di Baghdad pada Rabu untuk kali pertama dalam tempoh 27 tahun, kata Kementerian Pengangkutan Iraq.
Iraq tidak pernah menerima penerbangan antara negara-negara jiran sejak bekas presiden Saddam Hussein menyerang Kuwait pada tahun 1990.
“Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad hari ini mengalu-alukan pesawat Arab Saudi pertama selepas 27 tahun,” kata kenyataan kementerian yang dipetik oleh media tempatan.
“Pesawat ini milik syarikat flynas Saudi.”
Dalam satu kenyataan, flynas berkata, penerbangan itu mencerminkan kepentingan “hubungan persaudaraan dan hubungan dua hala” antara Arab Saudi dan Iraq.
Pengumuman itu dibuat selepas lawatan Menteri Luar Iraq Ibrahim Al-Jaafari ke Arab Saudi pada awal tahun ini, yang mana Menteri Luar Negeri Saudi Adel Al-Jubeir berkata, Riyadh bersedia meneruskan hubungan udara langsung dari Riyadh ke Baghdad dan Najaf sebagai sebahagian daripada pengukuhan hubungan dua hala.
Pada bulan Ogos, kedua-dua negara memaklumkan sedang merancang untuk membuka sempadan sempadan Arar untuk perdagangan buat kali pertama sejak tahun 1990
Malah, Arab Saudi dan Iraq juga akan mempertimbangkan penubuhan Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Iraq di Riyadh minggu depan.
Majlis itu meliputi aspek politik, ekonomi, keselamatan dan budaya. – MalaysiaGazette