Home Nasional Serah bukti 9 dragon – Nur Jazlan

Serah bukti 9 dragon – Nur Jazlan

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengemukakan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi oleh sembilan ketua  digelar ‘dra­gon’ selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti dakwaan itu benar.

 “Saya minta badan bukan kerajaan seperti ini supaya membuat laporan polis. Saya bimbang akan keselamatan  mereka sekiranya benar dakwaan tersebut,” katanya  ketika dihubungi Bernama hari ini.
Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan mengenai pendedahan oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan itu yang turut mendakwa kegiatan tersebut wujud sejak bertahun-tahun lamanya.

Nadzim turut mendakwa sembilan ‘dra­gon’ itu mem­punyai ‘kuasa’ dalam agensi pe­nguat kuasa di negara ini selain mampu me­nu­karkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu-gugat  kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.- MalaysiaGazette