Jo
Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mahu sebarang tawaran daripada syarikat swasta untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (PLUS) perlu dikemukakan secara paktikal dan dikaji dengan teliti supaya tidak wujud masalah penswastaan seperti yang terjadi kepada Perwaja Steel Sdn Bhd (Perwaja).

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata tawaran itu juga perlu mengambil kira kemampuan dan bagaimana cara syarikat swasta terbabit untuk menjana dana membiayai kos pengambilalihan tersebut.

“Kami mengalu-alukan semua cadangan, tetapi semuanya perlu praktikal supaya tidak wujud situasi seperti Perwaja yang dahulu di beri privatisation (penswastaan) akhirnya tutup dan tidak beroperasi lagi. Kita berdepan dengan banyak masalah ketika itu.

“Soal pembiayaan, kita mahu tahu dari mana sumbernya. Kalau boleh, mereka perlu bentangkan perkara ini kepada pihak UEM (Group Bhd) dan kerajaan supaya kita boleh tengok dari mana datangnya pinjaman ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen kesihatan UEM Group Bhd, di sini, hari ini.

Johari berkata demikian apabila di minta mengulas mengenai tawaran Maju Holdings Sdn Bhd untuk membeli keseluruhan aset dan liabiliti PLUS Malaysia daripada UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan harga RM36 bilion.- BERNAMA