KUALA LUMPUR – Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan meningkat 1.9 peratus pada Ogos 2017 kepada 120.3 mata berbanding 118.1 mata pada bulan sebelumnya.

Komponen utama yang menyumbang kepada peningkatan adalah bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (0.7peratus), bilangan syarikat baru didaftar (0.6 peratus) dan import benar semi konduktor (0.5 peratus).

Perubahan tahunan IP terus meningkat kepada 2.6 peratus pada bulan Ogos lalu.

Indeks Serentak (IS) yang mengukur aktiviti ekonomi semasa, menurun 0.4 peratus pada Ogos 2017.

Tiga komponen IS yang mencatatkan penurunan adalah Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (- 0.3 peratus), kapasti penggunaan di sektor pembuatan (-0.2 peratus) dan jumlah guna tenaga di sektor pembuatan (-0.2%).

Bagaimanapun, perubahan tahunan IS terus meningkat kepada 4.5 peratus pada bulan yang dirujuk.

Peningkatan ini selari dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga malar yang berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2017 daripada 5.6 peratus pada suku sebelumnya.

Perubahan tahunan IP dan IS terus menunjukkan pertumbuhan tahunan yang positif pada Ogos 2017, disokong oleh kedua-dua Indeks Difusi melebihi 50.0 peratus, sekali gus menunjukkan ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang positif dalam tempoh terdekat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast