KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio Era FM, Nadira Azizan, 41 meninggal dunia jam 7.10 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas seminggu bertarung nayawa sehingga koma.

Memetik laporan Berita Harian Online, Nadira meninggal dunia disebabkan demam denggi dan Allayarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, tengah hari ini.

Nadira atau sebenarnya, Khidirah Naimah Mohd Zain mejawat jawatan Pengurus Kandungan THR Gegar.

Allayarham antara penyampai awal Era FM ketika saluran radio itu baru enam bulan beroperasi pada 1998.

Nadira menamatkan khidmatnya di Era FM selepas sembilan tahun apabila ditawarkan jawatan Eksekutif Muzik di THR Gegar pada 2008.

Arwah meninggalkan suami, Hasrul Rizal Hassan dan lima anak. -MalaysiaGazette.

Comments are closed.