Home Dunia Beku keahlian Doha dalam GCC

Beku keahlian Doha dalam GCC

Sheikh Khalid bin Ahmed Al Khalifa . foto Reuters

KAHERAH – Bahrain tidak akan menghadiri sidang kemuncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan datang jika Qatar tidak mengubah pendiriannya.

Lantaran itu, langkah yang tepat untuk memelihara GCC adalah membekukan keahlian Qatar, kata Menteri Luar Bahrain menerusi Twitter.

Khalid bin Ahmed Al Khalifa juga berkata “jika Qatar berfikir bahawa masa kini bermain dengan masa dan mengelaknya’ maka Doha tersalah anggap.

Beliau menambah “langkah yang betul untuk memelihara GCC adalah untuk membekukan keahlian Qatar dalam majlis itu … jika tidak, Bahrain akan baik dengan keluar dari dewan.”

Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir telah memutuskan hubungan diplomatik, pengangkutan dan perdagangan dengan Qatar.

Pengeluar gas cecair asli itu dituduh membiayai keganasan tetapi Doha menafikannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast