Sohaimi Shahadan

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang cedera ditikam seorang lelaki kurang di hadapan rumah jirannya di Taman Moccis, Sungai Buloh Jumaat lalu, kini dalam pemantauan doktor.

Beliau yang mengalami kecederaan di leher dan belakang akibat ditikam lelaki berusia 20-an itu dirawat di sebuah hospital swasta di Damansara dan dinasihatkan supaya banyak berehat.

“Datuk (Sohaimi) dijangka keluar dalam masa terdekat ni, cuma doktor suruh berehat (kerana) nak pantau keadaan dia,” kata seorang pegawainya kepada MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Ketika kejadian, Sohaimi dikatakan baru keluar rumah bersama pemandu dan adik iparnya untuk ke Shah Alam.

Bagaimanapun, lelaki kurang siuman itu tiba-tiba dikatakan membaling batu dan terkena adik ipar Sohaimi.

Ketika itu juga lelaki terbabit menyerang dan bertindak menikam Sohaimi menyebabkan beliau cedera di belakang badan dan leher. – MalaysiaGazette