Datuk Seri Najib Razak. foto SAFWAN MANSOR, 31 OKTOBER 2017.
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan diingatkan tidak membebankan pelajar sekiranya mahu memperkenalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi terkini dalam sistem kurikulumnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pada masa ini, para pelajar sudah dibebani dengan kurikulum sedia ada dan penambahbaikan perlu dilakukan agar tidak ketinggalan daripada peredaran semasa.

“Kalau kita lihat bahawa ia sesuatu yang cukup menggalakkan, maka ianya mungkin boleh disisipkan dalam kurikulum, cuma saya beri sedikit peringatan bahawa kurikulum kita sudah berat sekarang ini.

“Kalau kita beban banyak sangat kita kena kurangkan aspek yang lain, kalau tidak pelajar kita akan terlalu banyak bebanan. Kita mesti selalu kaji semula dan melihat kurikulum kita dan perlu penambahbaikan.

“Kita sebagai sebuah kerajaan, kita memang melakukan perkara ini,” katanya berucap semasa Dialog TN50 di program Daya eUsahawan di Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap ketika Dialog TN50 pada program Daya e-Usahawan 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 31 OKTOBER 2017
Terdahulu Najib tidak menolak kemungkinan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi terkini bakal diperkenalkan dalam sistem kurikulum pendidikan di negara ini.

Katanya, pengenalan sains komputer dan pengaturcaraan dalam sistem pendidikan di peringkat sekolah menengah membuktikan ia relevan dengan perkembangan teknologi semasa.

“Salah satu daripada bajet inisiatif yang telah saya umumkan di mana setiap sekolah menengah akan dibekalkan bilik kelas abad ke-21 di mana kita ada satu bilik darjah yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi terkini.

“Antaranya papan pintar dan sistem penyampaian yang sangat interaktif. Saya sudah melihat sendiri contohnya di sebuah sekolah di Putrajaya, saya cukup tertarik hati kepada konsep ini.

“Sebab itu saya memberi peruntukan sebanyak RM192 juta untuk tujuan tersebut. Dari aspek perniagaan, dan keusahawanan, mungkin kita boleh mula di peringkat sekolah sebagai aktiviti ko-kurikulum sebagai permulaan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast