Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad. foto SAFWAN MANSOR, 19 MEI 2017

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai pemimpin yang mengetuai Majlis Pimpinan Pemuda gabungan itu.

Antara lain, Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik menjadi salah seorang daripada tiga individu yang dilantik sebagai Timbalan Ketua.

Mohd Sany Hamzan, Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) dan Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh turut dilantik selaku Timbalan Ketua Pimpinan Pemuda PH.

Malah 14 Ketua Pemuda PH turut dilantik antaranya Johor: Mohammad Faizal Yusak (PKR), Kedah: Mohd Asmirul Anuar Aris (Pemuda PAN), Kelantan: Roslan Ismail (PKR), Melaka: Ramlan Meon (ARMADA), Negeri Sembilan: Arul Kumar a/l Jamunathan (DAP), Pahang: Leong Yu Man (DAP), Perak: Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (Pemuda PAN), Perlis: Syazwan Fahmi (ARMADA), Pulau Pinang: Dr Afif Bahardin (PKR), Sabah: Raymond Ahuar (PKR), Selangor: Eric Teh Hoong Keat (DAP), Terengganu: Mohd Hasbie Muda (Pemuda PAN) dan Wilayah Persekutuan: Akmal Zahin (ARMADA).

Sementara Sabah: Raymond Ahuar (PKR) dan Sarawak: Mordi Bimol (DAP).

Julai lalu, PH mengumumkan struktur utamanya dengan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad selalu Pengerusi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim sebagai Presiden, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum.

Sementara itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Timbalan Presiden bersama-sama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu.

PH turut melantik tiga naib presidennya iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Salahuddin Ayub dan Chong Chieng Jen. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast