Kaum wanita di Arab Saudi sudah mula membeli kereta selepas dibenarkan memandu mulai Jun tahun depan. foto Agensi

JEDDAH – Pihak berkuasa trafik sedang melakukan persiapan untuk mengumumkan undang-undang dan peratuan lesen pemandu kepada wanita di Arab Saudi.

Langkah itu dibuat selepas dikri diraja membenarkan kaum wanita negara itu memandu kereta mulai 24 Jun tahun depan.

Jabatan Trafik telah mengadakan mesyuarat minggu lepas dengan penyertaan pegawai kanan dari pelbagai jabatan untuk menyampaikan idea dan cadangan bagi memastikan pemanduanĀ  lancar untuk wanita di negara ini berdasarkan perundangan dan peraturan lalu lintas.

Mereka juga membincangkan persediaan untuk memberikan pembelajaran memandu kepada kaum wanita.

Selain itu, cadangan pelancaran laman web di bawah Jabatan Lalu Lintas untuk memberikan pengajaran mengenai peraturan memandu dan trafik.

Laman web ini akan mengajar mereka tentang bahagian kenderaan.

Dengan populasi seramai 14.8 juta, pakar-pakar meramalkan pasaran untuk sekolah memandu wanita adalah tinggi, selain memerlukan pengambilan tenaga kerja dan pelatih wanita.

Ahmed Fadhil, seorang wakil jualan dari syarikat automobil antarabangsa berkata, ramai wanita sudah mula membeli kereta selepas dikri tersebut dikeluarkan.

Arab Saudi adalah pengimport kenderaan terbesar – menduduki tangga ke-21 daripada 198 pasaran auto global, menurut LMC Automotif.

Kebenaran wanita memandu kereta bermakna potensi besar kepada syarikat-syarikat kereta.

Unjuran yang dibuat menganggarkan sejumlah sembilan juta pemandu baru di jalan raya Arab Saudi apabila dikri diraja itu dikuatkuasakan nanti, termasuk 2.7 juta wanita asing yang menetap di negara tersebut. – MalaysiaGazette