HELSINKI – Finnair menimbang berar penumpang yang terbang melalui Lapangan Terbang Helsinki.
Langkah itu bukan untuk mengenakan tindakan ke atas penumpang tetapi untuk menjimatkan kos operasi dengan tepat melalui menimbang berat setiap penerbangan.
“Syarikat penerbangan tahu berat pesawat, berat barang daftar masuk tetapi tidak tahu berat penumpang,” kata Paivyt Tallqvist, pengarah komunikasi Finnair.
Syarikat penerbangan memerlukan 2,000 sukarelawan untuk memahami dengan tepat muatan tetap mereka.
Sehingga semalam, sejumlah 180 orang telah ditimbang dengan bagasi mereka.
“Finnair mahu pastikan kami mempunyai data terbaik, sebab itulah kami mengumpul data dari rangkaian sendiri,” kata Sami Suokas, Pengurus Proses Pelanggan di Finnair.
Anggaran berat badan penumpang yang ditetapkan oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah meletakkan purata berat lelaki 84.6 kilogram dan penumpang wanita 66.5 kilogram.
Purata berat lelaki Finland seberat 85 kilogram dan wanita 70 kilogram.
Suokas berkata, berat penumpang syarikat penerbangan berubah dengan ketara antara musim panas dan musim sejuk kerana perbezaan suhu yang melampau.
Selepas menimbang penumpang semasa musim sejuk, Finnair akan menyambung semulapada musim panas apabila pelancong terbang dengan pakaian yang lebih ringan, katanya. – MalaysiaGazette