Rizab Persekutuan Amerika Syarikat

WASHINGTON – Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah dan menjelaskan pertumbuhan ekonomi dan pasaran buruh kukuh.

Pengekalan itu menguatkan lagi ramalan bahawa kos pinjaman akan dinaikkan pada Disember ini.

“Pasaran buruh terus mengukuhkan dan … aktiviti ekonomi telah meningkat pada kadar yang kukuh meskipun terdapat gangguan taufan,” kata jawatankuasa penetapan kadar Rizab Persekutuan dalam satu kenyataan.

Pembuat dasar Bank Pusat itu turut mengakui kadar inflasi masih kekal perlahan.

Hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat an niaga hadapan kadar faedah jangka pendek sedikit berubah selepas pengumuman pengekalan kadar faedah.

“Berikutan pengumuman ini, Rizab Persekutuan telah mengunjurkan peluang 98 peratus kenaikan kadar faedah pada Disember ini,” kata FedWatch CME Group.

Dolar AS mencatatkan keuntungan berbanding sekumpulan mata wang dan Indeks S & P 500 naik sedikit.

Susulan keputusan jawatankuasa monetari itu, para pelabur kini menumpukan perhatian kepada perubahan dalam kepimpinan tertinggi Rizab Persekutuan berikutan Janet Yellen akan mengakhiri perkhidmatannya pada Februari tahun depan.

Presiden Donald Trump dijangka membuat pengumuman pada petang Khamis.

Ramai yang menjangakan Gabenor Rizab Persekutuan, Jerome Powell yang menyokong kepimpinan Yellen selama ini akan mengambil alih sebagai pengerusi baru.

Sementara Ketua Ekonomi Amerika Syarikat di Oxford Economic, Gregory Daco berkata, jika Trump memilih Powell esok, ia adalah tanda bahawa dasar monetari akan diteruskan pada situasi semasa dengan normalisasi secara beransur-ansur.”

Rizab Persekutuan telah menaikkan kadar faedah dua kali pada tahun ini dan kini meramalkan satu lagi kenaikan antara 1.00 peratus hingga 1.25 peratus menjelang akhir tahun 2017. – MalaysiaGazette