KUALA LUMPUR – Pertubuhan Aduan Rakyat Malaysia (PAR) mendesak Kementerian Pendidikan supaya memecat seorang guru yang juga ahli MIC yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan mahu melakukan seks dengan pelajar sekolah menengah.

Presidennya, Datuk A. Chandrakumanan berpendapat, lelaki itu tidak layak menjadi guru berikutan perbuatan terkutuknya yang didakwa mahu seorang seorang suri rumah supaya menyerahkan anak perempuannya yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya tidur bersamanya.

“Tindakan sekadar pecat dalam parti tidak cukup, kementerian perlu menyiasat segera  kerana dia mengakui secara terangan-terangan pernah meniduri pelajar perempuan sebelum ini.

“Sudah pasti ini akan menjatuhkan maruah dan nama pelajar perempuan bawah umur itu yang pernah mendapat didikan dibawah suspek serta segala perbualan telefon yang memujuk ibu pelajar itu sudah tular.

“Dalam perbualan telefon dengan wanita itu, suspek mengakui dia pernah meniduri empat gadis bawah umur yang telah menduduki SPM sebelum ini adalah pengakuan yang sangat serius dan keji yang pasti akan merosakkan msa depan pelajar yang menuntut dibawahnya,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysia Gazette dalam kenyataan hari ini.

Polis juga, katanya, perlu menyiasat lelaki berkenaan dan tindakan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mahu parti mengambil tindakan tegas amat dialu-alukannya.

“Polis perlu menyiasat dan bertindak dibawah akta jenayah yang lebih berat untuk melindungi gadi bawah umur tidak terperangkap dengan lelaki sebegini,” katanya. – MalaysiaGazette

MIC pecat ‘Cikgu Nataraja’ kerana ajak calon SPM buat seks