Zidane pilihan utama MU
Zinedine Zidane akan jadi pilihan Man United andai kata Jose tinggalkan Old Trafford.

LONDON – Zinedine Zidane tidak gusar melihat prestasi semasa pasukannya yang kalah dua perlawanan berturut-turut.

Pengurus Real Madrid itu menjelaskan dia dan pasukannya tidak ada sebab untuk panik dengan kekalahan 3-1 di tangan kelab England, Tottenham Hotspurs dalam aksi kumpulan Liga Juara-Juara Eropah di Wembley awal pagi tadi.

Ia merupakan kekalahan kedua los Blancos selepas tunduk 1-2 kepada Ginora dalam aksi La Liga tiga hari lepas.

Bintang sensasi pasukan itu, Cristiano Ronaldo dilihat kecewa setelah gol sagu hati yang dijaringkannya tidak cukup untuk menyelamatkan pasukannya daripada tersungkur di Wembley.

Namun lagenda Perancis, Zidane mendakwa pasukannya tidak perlu panik dengan keputusan itu.

“Daripada segi pasukan lawan, kami sentiasa bangkit dan menang ke atas pasukan terbaik.

Dele Alli meraikan gol keduanya menentang Real Madrid dalam aksi kumpulan Liga Juara-juara Eropah di Wembley pagi tadi.The Sun

“Kami cuma perlu menunjukkan pengalaman yang dimiliki kerana kami pasukan pilihan dan perlu segera mengubah prestasi semasa.

“Memang kami tidak gembira dengan dua kekalahan tersebut, namun perlu akur dengan keputusan itu walaupun sedar ramai penyokong tidak boleh menerimanya,” katanya.

Bagaimanapun Zidane mempertahankan pasukannya berada dalam keadaan terbaik dan tidak mahu menyalahkan pemainnya.

Dalam aksi pagi tadi, selaku pengunjung, Real Madrid dikejutkan dengan gol Spurs seawal minit ke-27 oleh Dele Alli sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-56. Gol ketiga pasukan tuan rumah disumbat Christian Eriksen pada minit ke-65.

Real membuka jaringan pada minit ke-80 tetapi gagal mengubah keputusan malam tadi. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast