SINGAPURA – Harga minyak terus kukuh hari ini disokong oleh keyakinan sentimen bahawa kawalan bekalan oleh OPEC telah mengetatkan pasaran.
Bagaimanapun, para penganalisis mengingatkan kawalan bekalan itu perlu diperluaskan bagi mengatasi peningkatan pengeluaran minyak di Amerika Syarikat.
Niaga hadapan Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak berada pada AS$ 60.87 setong pada 0013 GMT, meningkat AS$0.25 sen atau 0.4 peratus daripada harga penutup.
Brent telah meningkat sebanyak 37 peratus sejak paras terendah pada Jun lalu.
West Texas Intermediate (WTI) pula diniaga pada AS$54.91 setong, meningkat AS$0.37 atau 0.7 peratus berbanding harga penutup sebelum ini. WTI melonjak 30 peratus melepasi paras terendah pada Jun lalu.
OPEC dan Rusia telah mengurangkan sejumlah 1.8 juta tong sehari dalam pengeluaran bahan bakar itu dalam usaha mengawal pasaran.
Data dagangan menunjukkan pasaran minyak berada di bawah bekalan sejak tiga suku lalu menyebabkan inventori minyak menyusut.
Kawalan pengeluaran minyak OPEC itu sehingga Mac depan tetapi ada kemungkinan ia akan dilanjutkan sepanjang tahun 2018.
Bagaimanapun, bekalan WTI terus melonjak melebihi 13 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 9.6 juta.
Pentadbir Maklumat Tenaga berkata, eksport minyak mentah Amerika Syarikat telah mencecah rekod 2.1 juta tong.
“Dengan peningkatan eksport minyak Amerika Syarikat ke pasaran Atlantik Basin dan ke pasaran OPEC hingga ke Asia, mungkin sukar untuk Brent mengekalkan paras harga AS$60 setong pada tahun 2018,” kata Harry Tchilinguirian, penganalisis dari Bank BNP Paribas.
Bank Perancis itu menjangkakan WTI dan Brent, masing-masing akan didagangkan dengan purata AS$50 setong dan AS$55 setongpada 2018. – MalaysiaGazette