Penyokong bola sepak Hong Kong berpaling ke belakang semasa lagu kebangsaan China dimainkan pada perlawanan bola sepak Hong Kong menentang Malaysia. foto Reuters

HONG KONG – Penduduk Hong Kong yang mencemuh lagu kebangsaan China akan dikenakan penjara sehingga tiga tahun.

Ini selepas Parlimen China memperluaskan undang-undang itu di Hong Kong dan Macau.

Lagu kebangsaan itu telah dimalukan pada perlawanan bola sepak di Hong Kong baru-baru ini, menunjukkan sentimen anti-Beijing semakin meningkat.

Hong Kong, wilayah pentadbiran khas China, mempunyai sistem undang-undang berasingan sehingga terlalu awal untuk mengatakan sama ada hukuman mengejek lagu itu lebih teruk seperti undang-undang China.

Undang-undang baru, yang digubal oleh China pada bulan September, dijangka mendapat kelulusan perundangan Hong Kong tanpa kesulitan.

Pada bulan lalu, penyokong bola sepak Kong berpaling ke belakang ketika lagu kebangsan itu dimainkan pada perlawanan kelayakan semasa menentang Malaysia.

Malah, semasa perlawanan menentang Laos, beberapa penonton mengejek dan membuat isyarat kasar.

Hong Kong, dahulu sebuah jajahan British, kembali kepada pemerintahan China pada tahun 1997 di bawah perjanjian yang sepatutnya menjamin hak asasi penduduk di wilayah itu. – MalaysiaGazette