BEIRUT – Takut dibunuh seperti bapanya, Perdana Menteri Lubnan, Saad al-Hariri meletakkan jawatan pada Sabtu kerana percaya ada plot untuk membunuhnya dan beliau menuduh ianya dilakukan oleh pakatan Hezbollah.
Peletakan jawatan Saad adalah kejutan besar dalam dunia politik Beirut dengan memberi kesan kepada kerajaan pakatannya dan seterusnya membawa Lubnan ke satu krisis politik baharu.
Ia dipercayai membawa Lubnan ke arah satu persaingan serantau di antara ahli Sunnah Arab Saudi dan Syiah Iran yang turut merangkumi Syria, Iraq, Yaman dan Bahrain.
Seorang menteri di Arab Saudi berkata, Saad sedang berada di Riyadh untuk memastikan keselamatannya terjamin.
Pakatan kerajaan Saad yang memegang tampuk pemerintahan Lubnan sejak setahun lalu merangkumi hampir kesemua parti utama negara tersebut termasuk Hezbollah dengan satu perjanjian yang menaikkan Michel Aoun, seorang sekutu Hezbollah sebagai presiden.
Ini sekali gus dilihat sebagai memberi kemenangan kepada Iran.
Pelatakan jawatan Saad dijangka meningkatkan lagi ketegangan di antara orang Islam ahli sunnah dan syiah dan menyebabkan kerajaan Lubnan lumpuh. – MalaysiaGazette