DANANG – China akan bekerjasama rapat dengan negara-negara Asia Tenggara untuk memelihara keamanan di Laut China Selatan, kata Presiden Xi Jinping pada Sabtu.
Xi Jinping memberi komitmen itu dalam mesyuarat bersama Presiden Rodrigo Duterte.
Duterte mahu isu ketegangan melibatkan lautan sutera itu dikendalikan secara kerjasama dua hala bersama Beijing.
China mendakwa hampir kesemua laluan lautan strategik itu melibatkan perdagangan bernilai $US 3 trilion setahun.
Beberapa pulau buatan manusia dengan pengkalan tentera dan bangunan dilaksanakan tentera China.
Ekoran itu, Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga menuntut hak di lautan itu.
“China akan terus kerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk melindungi keamanan, kestabilan dan keharmonian di rantau Laut China Selatan,” lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.
Pemimpin kedua-dua negara itu bertemu dalam Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Danang.
Hasil konsensus yang dicapai kedua-dua pihak, Filipina akan bekerjasama secara dua hala dalam mengendalikan isu maritim, kata Xinhua lagi sebagai memetik kata Duterte tanpa mengulas lanjut.
Sebelum ini Duterte berkata dia sedang merancang untuk meminta pendirian China dalam isu Laut China Selatan.
Amerika Syarikat sebelum ini telah mengutuk tindakan China yang melakukan pembinaan di pulau terpencil dan pengkalan kemudahan tentera di lautan itu yang dianggap akan menyekat kebebasan pelayaran negara-negara serantau.
Tindakan Tentera Laut AS yang melakukan navigasi bebas di lautan itu mencetuskan kemarahan China yang mendakwa isu wilayah itu sepatutnya dikendalikan terus terang dengan negara serantau. – MalaysiaGazette