Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan titah perasmian dan menyempurnakan perasmian Masjid An-Nur Temasya Glenmarie pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat serta perasmian masjid tersebut di Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 02 JUN 2017
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan titah perasmian dan menyempurnakan perasmian Masjid An-Nur Temasya Glenmarie pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat serta perasmian masjid tersebut di Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 02 JUN 2017

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Jambatan Ketiga Klang dengan menamakan sebagai Jambatan Raja Muda Nala di Teluk Pulai, di sini, hari ini.

Jambatan Ketiga Klang yang merentasi Sungai Klang sejauh 2.5 kilometer itu mula dibina pada Julai 2014 dan siap sepenuhnya pada Jun 2017 dengan membabit kos pembinaan sebanyak RM199 juta.

Nama jambatan itu diambil sempena nama Raja Muda Selangor pertama yang juga anak kepada Sultan Selangor pertama, Almarhum Sultan Sallehuddin Shah.

Baginda berkenan mencemar duli pada majlis perasmian jambatan itu bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam ucapan pembukaan berkata, pembinaan jambatan itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor tanpa sebarang bentuk pinjaman sama ada dari dalam mahupun luar negara.

“Pelaksanaan Projek Jambatan Ketiga Klang sepanjang 2.5 kilometer tanpa tol mencerminkan kepedulian kerajaan negeri untuk berbelanja bagi pembangunan berkualiti.

“Pembangunan jambatan ketiga ini untuk menyuraikan kesesakan trafik dan mewujudkan jalinan jalan raya yang cepat, selamat dan mesra pengguna,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Ketiga Klang, di Teluk Pulai, di sini, hari ini.

Hadir sama isteri Menteri Besar, Datin Seri Shamsida Taharin; Exco Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad; Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; Dr Daroyah Alwi; Amirudin Shari; Zaidy Abdul Talib; Elizabeth Wong; Ng Suee Lim dan Ean Yong Hian Wah serta ADUN Selat Klang, Dr Halimah Ali.

Jambatan Raja Muda Nala itu menghubungkan antara Teluk Pulai dan Sungai Bertik di sebelah selatan dengan Tanjung Syawal di sebelah utara dalam Parlimen Kapar.

Pembinaan jambatan ketiga ini dijangka mampu mengurangkan 20 peratus jumlah kenderaan dan menyuraikan kadar trafik pada waktu puncak di Jambatan Kota dan Jambatan Tengku Kelana. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast