KAHERAH – Pesawat penggempur tentera udara Mesir memusnahkan kenderaan yang digunakan dalam serangan masjid di Sinai dan lokasi dipercayai depot simpanan senjata dan peluru ‘pengganas’, kata seorang jurucakap tentera.

“Pesawat berkenaan memusnahkan beberapa kenderaan yang digunakan dalam serangan itu,” kata jurucakap, Tamer el-Refai, lapor agensi berita antarabangsa Reuters.

Katanya, tentera turut ‘menyasarkan lokasi simpanan senjata dan peluru pengganas’.

Dalam kejadian semalam, sebutir bom meledak di masjid Al-Rawda di wilayah Sinai Utara, Mesir, diikuti serangan bersenjata oleh beberapa penyerang ke arah jemaah yang cuba menyelamatkan diri.

Media rasmi melaporkan angka kematian mencecah sehingga 235 orang.

Masjid itu terletak kira-kira 40 kilometer di barat ibu kota Sinai di Utara El-Arish. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast