Home Nasional Kemalangan tren: SPAD tubuh jawatankuasa siasatan keselamatan

Kemalangan tren: SPAD tubuh jawatankuasa siasatan keselamatan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan keselamatan pelbagai agensi untuk menentukan punca utama beberapa insiden kemalangan tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

SPAD dalam kenyataan berkata, jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar daripada beberapa kementerian, agensi dan sektor swasta berkaitan itu juga akan memperkenalkan langkah-langkah penambahbaikan untuk operasi perkhidmatan kargo KTMB.

“Jawatankuasa itu akan ditugaskan untuk mengkaji secara komprehensif semua rangka kerja, struktur, proses yang sedang diguna pakai serta mendapatkan jaminan bahawa keselamatan diberi keutamaan yang tinggi dalam operasi dan perkhidmatan penyelenggaraan KTMB.

“Ia juga bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti daripada pengendali rel tersebut,” kata SPAD.

SPAD juga sedang merangka terma rujukan bagi jawatankuasa tersebut bagi memastikan KTMB mengamalkan standard operasi dan tahap keselamatan yang tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast