KUALA LUMPUR – Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) kini sedang giat menjalankan kerja-kerja penurapan semula secara berperingkat di kedua-dua hala di sepanjang lebuh raya tersebut.
Kerja-kerja penurapan bermula jam 10 malam sehingga 5 pagi setiap hari dan dijangka selesai pada pertengahan Januari 2018.
Sehubungan dengan itu kerja-kerja lencongan lorong akan dilaksanakan di kawasan-kawasan terbabit.
“Ini merupakan inisiatif berterusan LKSA di dalam usaha untuk memberikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya,” menurut Khairul Nizam Baharudin, Pengurus Besar, LKSA.
Pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk berhati-hati ketika menggunakan LKSA pada waktu tersebut dan sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan. – MalaysiaGazette