Home Dunia Putera Mahkota Arab Saudi tidak berperikemanusiaan – Iran

Putera Mahkota Arab Saudi tidak berperikemanusiaan – Iran

Ayatollah Ali Khamenei (kiri) dan Mohammad bin Salman. foto Reuters

TEHRAN – Iran telah menuduh putera mahkota Saudi sebagai tidak matang selepas Putera Mohammad bin Salman menyifatkan pemimpin tertinggi Tehran sebagai Hitler di Timur Tengah.

Dalam perang kata-kata antara dua pesaing serantau itu, Kementerian Luar Iran berkata, Mohammed perlu “merenungkan nasib” diktator serantau.

Mohammad dalam kenyataannya berkata: “Kami belajar dari Eropah bahawa pendamaian tidak berfungsi, kami tidak mahu Hitler baru di Iran mengulangi apa yang berlaku di Eropah berlaku di Timur Tengah,” katanya, merujuk kepada Ayatollah Ali Khamenei.

Kenyataannya mendapat bantahan keras dari Tehran.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Bahram Qasemi menuduh kenyataan Putera Mahkota itu sebagai tingkah laku yang tidak matang, tidak berasas, dan tidak berperikemanusiaan, lapor agensi berita separuh rasmi Isna.

“Saya menasihati beliau untuk berfikir dan merenungkan nasib diktator terkenal di rantau ini sejak beberapa tahun lalu kerana dia memikirkan untuk mempertimbangkan dasar dan tingkah laku mereka yang berperanan sebagai model,” katanya.

Ketegangan hubungan Iran dan Arab Saudi semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Awal bulan ini, Arab Saudi menyalahkan Iran berhubung serangan peluru berpandu di Riyadh oleh pemberontak di Yaman.

Mohammad menyifatkan serangan itu sebagai tindakan perang. Bagaimanapun, Iran menafikan ia terlibat.

Arab Saudi telah menuduh Iran membantu pemberontak Syiah Hoithi, yang mana pakatan yang dipimpin oleh Arab Saudi telah berperang sejak tahun 2015.

Iran dan pemberontak menafikan tuduhan tersebut.

Arab Saudi dipersalahkan kerana memburukkan krisis kemanusiaan Yaman apabila mengenakan sekatan ke atas negara ini.

Arab Saudi juga memberi amaran terhadap pengaruh Iran yang semakin meningkat di Iraq, yang mana proksi militan telah memainkan peranan utama dalam menguasai negara Islam dan di Syria, tentera telah membantu Presiden Bashar al-Assad mendapat kelebihan dalam perang sivil.

Kedua-dua negara juga menuduh antara satu sama lain mencuba menggulingkan Lubnan, yang mana perdana menteri pro-pemimpin Arab Saudi memimpin sebuah pakatan termasuk gerakan Hezbullah yang disokong oleh Iran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast