Home Dunia Institut latihan pertanian diserang, 10 cedera

Institut latihan pertanian diserang, 10 cedera

PESHAWAR – Kira-kira 10 orang termasuk polis dilaporkan cedera ketika beberapa lelaki bersenjata menyerang sebuah institut latihan dekat sini.

Sekurang-kurangnya dua lelaki bersenjata dipercayai memasuki Institut Latihan Pertanian Peshawar pagi ini.

Sejumlah besar polis kelihatan tiba di kawasan itu, kata laporan media.

Setakat ini tidak ada kumpulan yang mengaku melakukan serangan tersebut.

Semasa kejadian kolej berkenaan ditutup.

Peshawar, berhampiran dengan sempadan Afghanistan menyaksikan beberapa kejadian keganasan semasa pemberontakan Taliban dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Media melaporkan kejadian serangan masih terdengar dari dalam kampus yang sudah pun dikepung itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast