KUALA LUMPUR – Pelbagai agenda dalam fikiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk majlis perasmian pergerakan tiga sayap UMNO malam ini.
Naib Presiden yang memangku tugas Timbalan Presiden UMNO itu mahu membangkitkan api perjuangan kepada Wanita, Pemuda dan Puteri.
Ini kali kedua Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri akan merasmikan pergerakan ketiga-tiga sayap itu setelah ketiadaan bekas penyandang jawatan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Banyak, saya akan umumkan malam ini,” itu antara kenyataan Naib Presiden itu hari ini.
Ahmad Zahid kini menjadi tumpuan apabila beliau diberi tanggungjawab memegang jawatan kedua tertinggi negara selaku Timbalan Perdana Menteri.
Ketiga-tiga sayap itu akan dirasmikan serentak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. -MalaysiaGazette.