MANILA – Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan polis memberi sokongan kepada penguatkuasa dadah dalam memerangi musuh negara itu.
Agensi penguatkuasa dadah, yang dikenali sebagai PDEA, akan tetap menjadi agen utama dalam usaha membanteras dadah.
Duterte telah menggantung operasi anti-narkotik polis pada bulan Januari lalu selepas banyak isu berbangkit berhubung kelakuan polis dalam memerangi dadah. – MalaysiaGazette