Temubual bersama Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Laman Media, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 05 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar menganggap pengalamannya disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mematahkan semangatnya berjuang dalam parti.

Malah beliau berkata, apa yang berlaku diterjemahkannya sebagai bantu loncatan bagi memantapkan lagi karier politiknya.

Jamawi sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa pada Oktober lalu berkata, siasatan berkenaan tidak sesekali melemahkan semangatnya malah menjadikan ia sebagai pengajaran kepada beliau tentang cara menjaga pemimpin atasan.

“Saya adalah orang parti, Orang UMNO. Orang Barisan Nasional. Saya pernah berkhidmat dengan pemimpin tersebut (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal) selama lima tahun.

“Sepanjang tempoh tersebut mungkin ada maklumat-maklumat yang ingin diperoleh oleh pihak SPRM dan saya memberikan sepenuh kerjasama.

“Ianya tidak melemahkan semangat saya, malah saya merasakan ianya bagai satu ‘kursus’ bagaimana untuk kita menjaga pemimpin kita pada masa depan,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Dalam masa sama, Jamawi turut mengingatkan Mohd. Shafie Apdal yang juga bekas bosnya supaya mengotakan ‘janji’ yang pernah diberikan ketika dalam UMNO.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast