Home Dunia SIA tidak tersilap lapangan terbang

SIA tidak tersilap lapangan terbang

SINGAPURA – Juruterbang penerbangan Singapore Airlines (SIA) ke Mumbai tidak cuba mendarat di lapangan terbang yang salah, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu sebagai maklum balas terhadap laporan Times of India yang mendakwa juruterbang penerbangan SQ422 tersilap membuat pendekatan untuk mendarat di Lapangan Terbang Juhu – yang digunakan oleh helikopter dan pesawat kecil – bukan lapangan terbang Chhatrapati Shivaji, lapangan terbang antarabangsa utama di Mumbai.

Laporan itu berkata, pesawat itu mengubah perjalanannya selepas kesilapan tersebut dan kemudiannya mendarat di landasan yang betul di Lapangan Terbang Chhatrapati Shivaji.

Penerbangan A350 dari Singapura-Mumbai, dijadualkan mendarat di Runway 9 di Lapangan Terbang Chhatrapati Shivaji pada pukul 10.35 pagi (1.35 petang waktu Singapura) pada hari Isnin.

Ketika itu pesawat berkenaan membawa 245 penumpang dan 14 anak kapal berada dalam penerbangan.

Menurut SIA, pendaratan itu telah dibatalkan pada kira-kira 1,000 kaki disebabkan oleh penglihatan yang kurang baik, mengikut prosedur standard operasi.

Kawalan lalu lintas udara Mumbai kemudian mengarahkan pesawat itu untuk melaksanakan pendekatan seterusnya dan mendarat pada 10.48 pagi, kata syarikat penerbangan itu.

“Pada masa itu juruterbang SQ422 tidak melakukan kesilapan menganggap Lapangan Terbang Juhu sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji,” katanya.

Kedua-dua landasan berada pada jarak adalah kira-kira satu kilometer dan kawalan lalu lintas udara Mumbai telah memberi amaran untuk semua juruterbang, kata Times of India.

Lapangan Terbang Juhu mempunyai landasan yang lebih pendek daripada Lapangan Terbang Chhatrapati Shivaji dan mendarat di landasan yang salah akan mengakibatkan penambahan. – MalaysiaGazette