Pengerusi Pertubuhan NGO Alifbata Srikandi Mashyur, Wan Asshima Kamaruddin.

KUALA LUMPUR – Laman portal yang menjadi lidah rasmi Pas sudah membuang artikel kontroversi menuduh berlaku aktiviti khalwat setiap kali Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang disiarkan baru-baru ini.

Penurunan artikel tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof yang mengakui mereka terlepas pandang membenarkan artikel tersebut disiarkan dan menyifatkan tuduhan itu bukan pendirian Pas tetapi sebaliknya ada bersifat peribadi.

“Awalnya ia termuat naik kerana ada sedikit terlepas pandang teknikal dalam pemilihan berita, jadi bila sidang redaksi menyedarinya, maka Harakahdaily tarik balik laporan tersebut,” beliau dipetik berkata.

Semalam portal berita milik Pas, Harakahdaily melaporkan Portal rasmi Pas, Harakahdaily melaporkan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri UMNO Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin mendedahkan berlakunya kegiatan khalwat dan maksiat setiap kali berlangsungnya PAU.

Susulan kenyataan tersebut, ia mengundang reaksi negatif ramai pemimpin akar umbi UMNO mengkritik artikel tersebut. – MalaysiaGazette

Ramai berkhalwat masa PAU -Wan Asshima

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast