Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin melambai kearah perwakilan pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO kesal apabila bantuan mangsa banjir khususnya di Pulau Pinang baru-baru ini ditohmah sebagai perkauman apabila memberi tumpuan kawasan yang diabaikan mereka.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menegaskan, sikap politik tidak matang yang ditunjukkan pemimpin pembangkang terutamanya DAP perlu dihentikan segera.

“Lim Guang Eng ini agaknya mudah lupa siapa yang dia telefon pukul tiga setengah pagi saat dia memohon bantuan dengan penuh tangisan.

“Kalau pertolongan ikhlas kita ketika banjir pun mereka disalah tafsir oleh mereka, apa lagi yang kita nak harapkan dari politik DAP,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Para perwakilan Pergerakan Puteri UMNO bersemangat menyanyikan lagu Puteri UMNO sebelum bermulanya pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 DISEMBER 2017

Katanya, satu-satunya sikap yang tidak berubah ialah orientasi politik DAP, dari dulu sampai sekarang, mereka kekal anti-Melayu dan anti-Islam.

“Tidak usah beretorik panjang-panjang tentang hal ini. Baca sahaja perlembagaan DAP, jelas kelihatan yang mereka perjuangkan ialah Malaysian-Malaysia.

“Malah kini, dalam parti Roket itu dipenuhi pelampau perkauman. Bacalah sahaja kenyataan-kenyataan Nga Kor Ming yang begitu berani menghina bangsa kita,” katanya.

Mas Ermieyati turut membidas sikap bongkak Kerajan Negeri Pulau Pinang dengan kecekapan, akauntabiliti dan bersikap telus, namun sebaliknya berlaku apabila negeri itu ditimpa banjir besar.

“Hari ini bukan sahaja NGO marah akan Guan Eng tapi rakyat Pulau Pinang pun dah marah dengan Guan Eng.

“Bahkan kalau pokok dan bukit boleh bercakap, mereka juga akan marah Guan Eng. Kita tidak dapat bayangkan bagaimana jika kita serahkan kuasa Pusat kepada tangan orang yang semacam ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast