Home Dunia Kebakaran di California, beribu-ribu penduduk selamatkan diri

Kebakaran di California, beribu-ribu penduduk selamatkan diri

Kebakaran besar akibat musim panas dan cuaca kering di California. foto AFP

SANTA PAULA – Seribu anggota bomba ‘bertempur’ dengan kebakaran di selatan California yang menyebabkan satu kematian dan beribu-ribu penduduk terpaksa menyelamatkan diri.

Kebakaran yang disebabkan cuaca kering itu telah menyebabkan lebih daripada 150 rumah dan perniagaan musnah.

Jabatan Bomba Ventura County berkata, lebih 27,000 orang telah diberitahu untuk mengosongkan rumah mereka kerana api merebak cepat di daerah pantai utara Los Angeles membabitkan kawasan seluas 18,200 hektar.

Gabenor California Jerry Brown mengisytiharkan kecemasan di kawasan itu.

“Keadaan adalah kritikal dan penduduk diminta bersiap sedia jika diarahkan,” katanya.

Ketua bomba Ventura County, Mark Lorenzen memberitahu pada sidang akhbar, kerja-kerja memadam kebakaran itu bergantung kepada cuaca.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, angin di bahagian timur Santa Ana bertiup kencang sehingga 80 kilometer sejam dan dijangka meningkat melebihi 80 batu sejam pada sebelah petang.

“Kebakaran itu merebak dengan cepat ke arah bandar Ventura,” kata Lorenzen sambil memberitahu seorang mangsa meninggal dunia semasa berpindah dan keretanya terbalik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast