Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (tengah) bersama barisan kepimpinan dan perwakilan wanita UMNO melaungkan kata-kata keramat selepas menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2017 di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 06 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sayap wanita itu tidak perlu lagi tunggu semboyan PRU-14 dipalu kerana wanita sudah bersedia lama bersedia menghadapinya.

“Ini gelanggang kita, semboyan PRU, semboyan berjiwa. Perisai dan pedang sudah ditangan, perang mesti menang,” demikian menurut Shahrizat dalam ucapan penggulungan Pergerakan Wanita UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak beruntung kerana mendapat mereka sebagai ‘tulang belakang’ yang akur dan taat kepada kepimpinannya.

“Presiden Najib tenang sekarang sebab mempunyai saf kepimpinan yang taat setia, no funny business belakang-belakang.

“Saya nak terima kasih kepada Datuk Seri Zahid, saya pernah tanya dia, dia kata tak tau lah. Datuk Seri Hishammuddin akan jadi Naib tunggal sebab Zahid Insyallah Timbalan Presiden, (kepada) Hishammuddin kita beri sokongan, cantik dah,” katanya lagi. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast