Home Dunia Pesawat pengebom digunakan dalam latihan di Semenanjung Korea

Pesawat pengebom digunakan dalam latihan di Semenanjung Korea

Pesawat pengebom B-1B Lancer

SEOUL – Pesawat Lancer B-1B akan digunakan Semenanjung Korea dalam latihan ketenteraan berskala besar pada hari ini, menurut laporan agensi berita Yonhap yang memetik sumber sebagai berkata.

Pesawat pengebom itu digunakan dalam latihan tersebut, di tengah-tengah ketegangan hubungan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya dengan Korea Utara.

Ketegangan itu mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar wakilnya, Jeffrey Feltman membuat kunjungan ke Korea Utara.

Pyongyang pula telah memberi amaran bahawa latihan itu akan mendorong ke ambang perang nuklear di Semenanjung Korea.

Latihan ketenteraan itu bermula Isnin lalu sehingga Jumaat ini diadakan selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak jauh (ICBM) yang boleh sampai ke Amerika Syarikat.

Latihan bersama tahunan, yang dikenali sebagai “Vigilant Ace”, telah direka untuk meningkatkan kesediaan dan keupayaan operasi dan memastikan keamanan dan keselamatan di Semenanjung Korea.

Sejumlah 12,000 anggota tentera Amerika Syarikat termasuk dari marin dan tentera laut, akan menyertai pasukan Korea Selatan.

Pesawat yang mengambil bahagian akan diterbangkan dari lapan lokasi tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Tentera Udara Amerika Syarikat berkata, saiz penyertaan pada tahun in “setanding” dengan tahun-tahun terdahulu.

Korea Utara telah mengkritik latihan itu dengan mendakwa ia akan “merangsang” pemusnahan diri “Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

China dan Rusia telah mencadangkan bahawa Amerika Syarikat dan Korea Selatan menghentikan latihan ketenteraan itu sebagai pertukaran untuk Korea Utara menghentikan program senjata.

Beijing secara rasmi memanggil idea itu sebagai cadangan “penggantungan bersama”.

Rusia mempunyai saluran komunikasi terbuka dengan Korea Utara dan bersedia untuk mengenakan pengaruhnya terhadap Pyongyang, menurut agensi berita RIA yang memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Igor Morgulov sebagai berkata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast