Home Nasional Remaja ditahan selepas samun tempat kerja sendiri

Remaja ditahan selepas samun tempat kerja sendiri

KUALA LUMPUR – Seorang remaja ditahan selepas menyamun kedai serbaneka yang menjadi tempat kerjanya di Damansara Damai, semalam.

Remaja yang berusia 17 tahun itu didakwa memasuki stor pada pukul 9.15 malam dan berbual dengan rakannya yang sedang mengira wang.

Dia kemudian bertindak memukul wanita yang berusia 24 tahun itu dengan sebatang besi lalu mengambil wang kira-kira RM10,00 dan kemudian cuba melarikan diri.

Nasib remaja itu malang apabila dia ditahan oleh orang awam sebaik sahaja keluar dari stor berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, mangsa cedera di kepala dan badan.

Polis turut merampas besi yang digunakan suspek.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek yang berasal dari Jertih, Terengganu itu negatif dadah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette