Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bercakap kepada media pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 ke 71 di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 07 DISEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak jelas mengingatkan pengundi mereka bakal mempertaruhkan sesuatu yang amat besar pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) kelak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) kali ini sesuatu yang perlu dihayati sepenuhnya semua perwakilan, ahli parti dan pengundi.

Ini kerana segala tindakan pada PRU-14 kelak memberikan kesan kepada masa depan anak-anak bangsa khususnya kaum Melayu.

“Ucapan presiden disambut baik oleh semua perwakilan, terutama Pergerakan Pemuda kerana ucapan ini telah mengingatkan kita pertaruhan untuk pilihan raya kali ini sangat besar.

“Ia bukan fokus terhadap PRU-14 sahaja, tetapi masa depan negara,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette.

Khairy berkata demikian setelah selesai mendengar ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) hari ini.

Khairy yang akan menamatkan tempoh sebagai Ketua Pemuda UMNO tahun depan turut berkata, Najib mengajak semua perwakilan, ahli UMNO dan rakyat supaya melihat kembali kejayaan yang diraih parti itu sepanjang memegang tampuk pemerintahan.

“Mesej Presiden telah sampai kepada kita, dan beliau telah mengupas kejayaan dan perancangan kita untuk selepas PRU dan saya percaya pakin ucapan tersebut bukan hanya ditujukan kepada perwakilan UMNO tetapi ucapan seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast