KUALA LUMPUR – Perodua Myvi baharu mencipta rekod baru apabila menerima sebanyak 20,000 tempahan dalam tempoh sebulan selepas ia dibuka 9 November lalu.
Setakat ini sejumlah 4,500 buah kereta Perodua Myvi telah diserahkan kepada pengguna.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, Perodua kini fokus dalam memastikan penghantaran dapat dibuat dalam tempoh masa yang diberikan.
Selain Myvi, model-model lain turut menerima sambutan baik dalam kalangan pembeli.
Katanya, Perodua telah menjual sejumlah 184,707 buah kenderaannya sepanjang 11 bulan pertama tahun ini, kenaikan 1.2 peratus berbanding 182, 485 yang dijual dalam tempoh sama tahun lalu.
Sepanjang bulan ini, Perodua turut mengadakan tawaran eksklusif bagi Axia, Bezza dan Alza (bagi varian tertentu) dengan rebat sehingga RM2,000. – MalaysiaGazette