CALIFORNIA – Hampir 200,000 penduduk telah dipindahkan selepas kebakaran hutan di California masih gagal ditangani dan terus merebak.
Jumlah penduduk yang terlibat itu meningkat berkali ganda kerana kebakaran sudah merebak di utara San Diego.
Setakat ini 150 buah bangunan di selatan negeri itu telah musnah.
Seorang wanita ditemui rentung di kawasan Ventura County.
Kebakaran yang merebak di California telah menjejaskan lebih 200,000 orang penduduk.foto AgensiBeberapa pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran ungu – amaran tahap tertinggi disebabkan keadaan cuaca yang sangat kritikal.
Angin dari gurun Santa Ana dilaporkan semakin kuat mencetuskan kebimbangan dalam usaha memadam kebakaran.
Sementara White House yang berhubung dengan pihak berkuasa California menyatakan kesediaan untuk menawarkan bantuan pada bila-bila masa. – MalaysiaGazette