LONDON – Crystal Palace dikatakan berminat untuk menandatangani penyerang Liverpool, Danny Ings dalam perjanjian pinjaman selama enam bulan.
Bagaimanapun Editor Guardian, Dominic Fifield melaporkan The Eagles perlu terlebih dahulu membatalkan perjanjian khidmat Fosu-Mensah secara pinjaman sepanjang musim walaupun Ings dan Mensah beraksi di posisi berlainan.
Fosu-Mensah yang menyertai Palace secara pinjaman dari Manchester United sejak awal musim ini telah mendapat banyak pujian daripada penyokong Palace.
Tetapi malang menimpa pemain berusia 19 tahun itu apabila dia tidak mendapat tempat dalam skuad Roy Hodgson yang menggantikan Frank de Boer pada bulan September.
Permulaan terakhir pemain antarabangsa Belanda itu adalah menentang Tottenham pada 5 November lalu.
Dia boleh bermain di pelbagai posisi sama ada bek tengah atau pertahanan kiri. – MalaysiaGazette