KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan reman dua hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah berkata, Jamal ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak menjejaskan keamanan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, ditahan pada pukul 8 malam di hadapan pintu utama Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Terdahulu, Jamal dan sekumpulan orang-orang berdemonstrasi membakar gambar Zaid di PWTC semasa Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Difahamkan, beliau ditahan susulan ugutannya terhadap ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim.

Selasa lepas, Zaid menerusi akaun Twitter miliknya mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang antara lain menegur bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina Bugis dan susulan itu, beberapa bantahan disuarakan pelbagai pihak termasuk Jamal.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast