Pengasas produk Dr Irama iaitu, Dr Irma Shida Abu Bakar mahu menerokai pasaran Jepun pada tahun 2018.

KUALA LUMPUR – Pengeluar produk makanan kesihatan dan kecantikan, Irma Ariandi Global Sdn. Bhd. yang menggunakan jenama Dr Irma semakin mengorak langkah jauh apabila mula menembusi pasaran luar negara.

Pemiliknya, Dr Irma Shida Abu Bakar berkata, produknya telah berjaya menembusi pasaran Brunei pada tahun ini dan kini menjadi antara produk premium di sana.

Beliau berkata, syarikat mengunjurkan jualan akan meningkat di negara tersebut pada 2018 kerana telah mempunyai wakil jualan.

“Ia satu pencapaian yang tidak disangka kerana produk sudah berada di Brunei, namun baru berada dalam pasaran iaitu dilancarkan pada Mac tahun ini.

“Jadi saya melihat potensi besar untuk meletakkan Dr Irma berada di luar negara kerana kesesuaian produk dengan semua jenis kulit dan cuaca.

“Malahan, penghasilan produk yang menggunakan 100 ekstrak alami yang sesuai untuk kulit sensitif memberikan keyakinan kepada pengguna. Alhamdulillah, Dr Irma juga akan menembusi pasaran Jepun pada 2018,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Mengulas perkembangan terkini syarikat, Dr Irma memberitahu, pihaknya ketika ini dalam perbincangan dengan sebuah syarikat dari negara itu yang berminat dengan penghasilan produk Dr Irma yang dihasilkan berasaskan tumbuhan dan mereka memang memilih produk tanpa kimia.

“Mereka tertarik kerana keunikan produk yang saya ketengahkan iaitu set Miracle White yang mengandungi tiga produk antaranya Radiant White Cleanser, Miracle White Crystal Essence dan Miracle White Beauty Balm yang mempunyai pelbagai fungsi.

“Ia jimatkan perbelanjaan dan tempat penyimpanan. Menariknya, produk ini sesuai untuk penjagaan kulit lelaki dan wanita,” katanya.

Katanya, produk Dr Irma juga mendapat permintaan dari Singapura dan Indonesia dan pihaknya mempertimbangkan memasarkannya di sana dalam masa terdekat.

Dr Irma mempunyai 14 rangkaian produk melibatkan beberapa kategori iaitu Radiant White, Radiant Clear dan Miracle White, kosmetik dan pelengkap yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

Tambahnya, syarikat menyasarkan jualan produk Dr Irma sebanyak RM600,000 menjelang akhir tahun berbanding RM230,000 didorong promosi yang agresif dan akan ke pasaran luar negara serta penambahan wakil jualan di setiap bandar.

“Setakat ini, wakil jualan adalah 40 di seluruh negara termasuk Brunei. Kami menjangkakan wakil jualan akan meningkat berikutan produk Dr Irma mendapat permintaan tinggi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast