KUALA LUMPUR – Pentas separuh akhir Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang berlangsung di  di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini malam tadi menyaksikan Syura gagal ke final.

Lima finalis Aishah, Liza Hanim, Hazami, Lan, Firman dan Tia Jinbara berjaya mara ke pentas akhir yang akan disiarkan secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor pada Ahad depan.

Konsert GV4 minggu ketujuh yang bertemakan Goyang Kaki dan Runut Bunyi (OST) itu diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala Datuk Tarmimi Siregar dan Datuk Wah Idris tampil sebagai juri jemputan.

Program nyanyian itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Persembahan pembukaan malam tadi dijayakan oleh Datuk Seri Shah Rezza, Ebby Saiful dan Isma Aliff.

Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi manakala naib juara bakal memenangi RM50,000.

Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.

Dalam perkembangan lain, Astro turut menawarkan pengalaman menonton final GV4 secara langsung dalam sudut tontonan VR360.

VR360 itu membolehkan penonton merasai pengalaman menonton dengan lebih nyata dan jelas pada setiap situasi di pentas.

GV4 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast