Home Nasional Najib terima anugerah tertinggi Bahrain

Najib terima anugerah tertinggi Bahrain

Najib Razak. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima anugerah King Hamad Order for Development daripada Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa, esok.

Anugerah itu dikurniakan kepada Datuk Seri Najib Razak di Istana Shaikh Hamad sempena lawatan rasmi tiga hari ke Bahrain.

“Ini merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Bahrain kepada pemimpin luar negara,” kata Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan di sini.

Najib dengan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan kunjungan hormat ke
atas Putera Mahkota, Timbalan Panglima Angkatan Tentera merangkap Timbalan Perdana Menteri Pertama Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Ghudaibiya pada 16 Disember, disusuli dengan majlis makan tengahari.

Najib juga akan menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Bahrain di Istana Sakhir.

Lawatan ini akan mengukuhkan hubungan akrab yang sedia terjalin antara Malaysia dan Bahrain.

Jumlah dagangan antara Malaysia dan Bahrain dari Januari hingga September tahun ini berjumlah RM805.73 juta.

Jumlah eksport untuk tempoh yang sama dicatatkan pada RM389.10 juta manakala jumlah import adalah RM416.63 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast