Foto Instagram Azwan Kombos.

KUALA LUMPUR – Selepas sembilan hari dilahir, pasangan pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah akhirnya berkongsi nama dan foto terbaru anak sulung mereka.

Azwan memaklumkannya menerusi laman Instagram miliknya dengan memuatnaik status nama bayi perempuan itu adalah Harum Dalia.

Azwan sebelum ini memuatnaik foto pertama memperlihatkan wajah Harum Dahlia yang dikongsi pada malam tadi namun telah dipadamkan.

“Saya terpaksa padam gambar bayi atas nasihat keluarga dan hanya siarkan sijil kelahiran sahaja. Sebenarnya, saya teruja dan tak sabar nak kongsi kebahagiaan ini,” tulisnya.

Sebelum ini, Azwan memberitahu dia hanya akan berkongsi nama anak mereka setelah memasuki hari ketujuh kelahiran.

Katanya, dia sudah mempunyai beberapa pilihan nama sejak bayi itu dalam kandungan dan akan memilih nama yang mempunyai maksud baik serta mudah diingati.

Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai tahun lalu pada majlis yang diadakan di Bentong, Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast