Menurut Lim Guan Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.
Menurut Lim Guang Eng, senarai calon DAP adalah muktamad sama seperti diumumkan parti itu minggu lalu sekali gus menafikan beliau akan bertukar ke kerusi Tanjung Bungah untuk berdepan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.

PULAU PINANG – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan dakwaan pemimpin parti itu bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri seperti didakwa Presiden Pas boleh mencetuskan rasa kurang senang antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, DAP tidak pernah bercita-cita atau menuntut supaya pemimpin parti berkenaan dilantik sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum.

“Pas boleh bekerjasama dengan UMNO jika mereka mahu tetapi mengapa perlu mengaitkan politik dengan kaum dan agama?

“Saya sendiri tidak pernah sebut Melayu UMNO atau muslim Pas. Apa yang disebut Abdul Hadi (DAP mahu menjadi PM, TPM) hanya mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Abdul Hadi menggesa rakyat menolak pemimpin DAP yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri kerana bukan sahaja bercanggah dengan ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan, malah DAP juga disifatkan gagal menjadi kerajaan yang bersih.

Malah, dakwa Abdul Hadi lagi, penduduk Pulau Pinang sendiri melalui keperitan dan kepincangan berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai DAP.

Tambahnya, keadaan itu berbeza dengan Pas yang sentiasa memberi keutamaan untuk mengekalkan kepemimpinan Islam di negara ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast