Ahmad Sodiqin Norahim berkata, Mr Escape telah menjalani penyelidikan dan kajian selama enam bulan sebelum berada di pasaran dalam memastikan kualiti tinggi.

KUALA LUMPUR – Rumah yang bersih, kemas dan teratur bukan sahaja menyenangkan pemilik malah tetamu bertandang juga rasa selesa.

Namun itu sahaja belum mencukupi andai ada bau-bau yang kurang menyenangkan di rongga hidung terutama di bahagian sofa, tilam, langsir, rak kasut dan almari.

Tanpa perlu mengeluarkan kos besar, kini tampil produk semburan wangian yang berupaya mengharumkan kediaman secara semula jadi.

Direka khusus untuk menyahbau tidak menyenangkan di rumah, Mr Escape kini mampu memberikan suasana segar kepada ruang tamu dan juga memastikan penghuni sentiasa bernafas dengan sempurna dan hidup lebih ceria.

Mr Escape terjual 30,000 unit sebulan sejak tiga bulan lalu.

Produk ini juga mampu menjadikan rutin mengemas lebih efisien apabila hanya perlu d sembur di bahagian permukaan fabrik dan kesan aroma wangi mampu bertahan beberapa hari.

Dengan menggunakan pati lavender, produk terbaharu ini mampu memerangkap sel mati haiwan peliharaan bagi peminat kucing di rumah memastikan udara persekitaran kekal harum semerbak.

Pengasas Mr Escape, Ahmad Sodiqin Norahim berkata, produk itu telah menjalani penyelidikan dan kajian selama enam bulan sebelum berada di pasaran bagi memastikan kualiti tinggi dihasilkan.

Jelas beliau, produk yang dihasilkan di kilang Puchong, Selangor itu memiliki kandungan antiseptik selain berinovatif dan selari dengan keperluan pengguna.

“Memiliki rumah atau premis bebas bau hapak dan masam bukanlah perkara mudah. Keadaan cuaca dan iklim panas serta peluh badan menyebabkan kita sentiasa terdedah kepada bau yang kurang menyenangkan.

“Dengan sebab itu, kami melancarkan produk yang telah diperbaharui ini supaya pembeli boleh menikmati hari mereka dengan bau wangian yang kekal sepanjang sama ada di rumah, pejabat, restoran dan dalam kenderaan,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Ahmad Sodiqin mengasaskan bersama diasaskan Mr Escape bersama Mohd. Noor Faizal Che Embi.

Mr Escape dikeluarkan oleh Mr Escape Enterprise yang diasaskan bersama dengan Mohd. Noor Faizal Che Embi yang mengeluarkan produk itu secara kecilan sejak setahun lalu.

Namun pertemuan dua anak muda ini telah mencetus idea lebih besar untuk mengkomersialkan Mr Escape termasuk merancang memperkenalkan di pasaran luar negara seperti di Singapura dan Thailand pada tahun depan.

Justeru Ahmad Sodiqin menambah, pihaknya menyasarkan dapat menjual 50,000 unit sebulan Mr Escape sepanjang tahun 2018.

“Selain aroma perisa lavender, kami merancang untuk mengeluarkan tiga lagi perasa baharu setiap enam bulan.

“Mr Escape mampu menjadi fenomena sesi keluarga kerana aromanya yang lain daripada lain dan tahan lama serta telah terjual 30,000 unit sebulan sejak tiga bulan lalu.

“Apatah lagi penggunaan yang pelbagai untuk semua material dan fabrik yang mampu menjadikan produk menjadi nombor satu pada masa depan,” katanya Ahmad Sodiqin yang juga selebriti yang terkenal di Singapura.

Mr Escape hanya perlu di sembur di bahagian permukaan fabrik dan kesan aroma wangi mampu bertahan beberapa hari.

Ahmad Sodiqin turut mengalu-alukan orang ramai yang berminat menjadi stokis dalam menambah pendapatan selari dengan visi syarikat.

“Visi syarikat adalah untuk memberi peluang dalam membantu orang yang ingin meniaga walaupun tiada modal besar.

“Mereka boleh memulakan perniagaan Mr Escape dengan modal serendah RM900 yang mampu memberi pulangan hampir dua kali,” katanya.

Sementara itu, Mr Escape dijual pada harga RM16.90 dengan saiz kandungan 500 milimeter.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk Mr Escape atau menjadi stokis boleh menghubungi talian 010-9020208. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast