Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata penggeledahan serentak di enam premis dilakukan oleh polis secara adil dan profesional.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata penggeledahan serentak di enam premis dilakukan oleh polis secara adil dan profesional.

KUALA LUMPUR – Skim pelaburan cepat kaya dan kes jenayah siber mencatat peningkatan mendadak dua tahun kebelakangan ini.

Ada yang mencatatkan kerugian hampir RM5 bilion sehingga November tahun ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,  Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Menurutnya, skim pelaburan cepat kaya itu sebenarnya seperti cendawan tumbuh selepas hujan dan berada pada tahap yang membimbangkan.

“Dalam tempoh dua tahun kebelakangan, jumlah kerugian sudah mencatat hampir RM5 bilion setakat November sahaja.

“Untuk tahun 2017, kita sedang menyiasat dan telah memgambil tindakan terhadap 13 buah syarikat pelabur yang membabitkan hampir 336,000 mangsa dengan jumlah kerugian mencecah hampir RM3.8 bilion.

“Modus operandi kumpulan ini senang sahaja, mereka akan menawarkan dividen atau keuntungan tinggi sekelip mata bagi menarik perhatian mangsa untuk melabur dalam syarikat mereka,” katanya dalam sidang media hari ini.

Amar Singh berkata, peningkatan mendadak itu sebenarnya membimbangkan pihaknya kerana semakin hari semakin banyak syarikat pelabur dengan beraninya mengajak orang ramai untuk melabur bagi mendapatkan keuntungan sekelip mata.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan skim seperti ini. Kami beberapa kali mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan skim begini kerana tiada satu pelaburan yang dapat memberikan pulangan tinggi dalam masa singkat,” ujarnya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast